Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, 2 March 2012

What is GOLD?

                    Pernahkan anda bertanya apa itu emas? apa istimewanya emas ni? kenapa ia mahal dari batuan/bahan mineral lain?

                  Seharusnya anda perlu tahu dan faham secara mendalam mengenai emas sebelum pergi lebih jauh dalam pelaburan emas.( Ibarat minat nak jadi surgeon/pakar bedah la...mana boleh terus terus bedah orang.mesti belajar dulu mana urat nya mana yang boleh dipotong mana yang perlu dielak..kalau tak.. padah la jawap nye ;)

                 Sebenarnya ada banyak cara untuk menghuraikan persoalan ini. Anda boleh lihat dari pelbagai aspek. Dari sudut fizikal emas itu sendiri, dari segi sejarah, kegunaan dan lain lain.

                 Emas adalah salah satu anugerah Allah taala kepada umat manusia yang jika di kaji dari sudut saintifik merupakan sejenis unsur logam yang sangat stabil dan tidak mudah teroksida menjadikan ia salah satu dari bahan galian bumi yang paling bernilai di muka bumi. Dalam kata lain ianya tidak boleh dicipta manusia dan tidak juga boleh dibinasakan dengan mudah.

                Dari segi sejarah pula, memang emas sudah banyak di perkatakan dalam  Al-Quran dan juga sirah Nabi kita Muhammad SAW. Ia di gunakan dalam bidang ekonomi/perniagaan sebagai mata wang. Pada zaman nabi, 1 ekor kambing nilai nya adalah 1 dinar emas, pada masa kini harga seekor kambing adalah 1 dinar emas!!??
Pelik tapi benarlah bahawa emas tidak terkesan dengan inflasi. (terus membaca sekiranya anda ingin tahu lanjut)


           Emas biasanya di kategorikan kan kepada beberapa jenis mengikut keaslian dan ketumpatan emas itu sendiri yang biasanya di ukur dalam unit 'karat'. Emas 999 bermaksud 99.9% emas tulen. 916 bermaksud 91.6% emas tulen. Sebab itulah emas 999 lebih mahal berbanding emas 999. Di sebabkan 99.9% emas tulen biasanya ia lebih lembut dan tidak begitu sesuai untuk dijadikan barang kemas.

              Kini Emas bukan sahaja digunakan sebagai nilai mata wang dan barang kemas, tetapi ia juga banyak digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat sesetengah penyakit.Dan yang terbaru dan masih dalam kajian adalah kegunaan emas dalam nano teknologi dan rawatan kanser.