Assalamualaikum diucapkan kepada para pengunjung laman ini.
Terlalu luas ilmu tentang emas dan cara memanipulasikannya. Mungkin ramai yang diluar sana yang lebih arif dan kreatif dalam hal ini. Nukilan ni hanya untuk berkongsi sedikit ilmu..
Untuk memiliki emas samaada diwarisi ataupun dengan cara membelinya. Terdapat banyak jenis emas yang ada di pasaran. Tapi yang biasa kita dengar Emas 999 dan 916, simply means 999=99.9 pure gold. Sebab tu dia lebih lembut dan lebih sesuai di jadikan pelaburan tambahan lagi nilainya yang tinggi bila kita jual nanti.
Untuk pastikan harga belian dengan harga semasa, anda bolehlah compare dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat syarikat emas yang besar di internet.Biasanya kami jual jauh lebih murah dari harga pasaran oleh sebab tiada manipulasi oleh orang tengah.Kadang kadang berbeza RM10 dari harga pasaran. Biasa anda boleh compare price di amsyiq gold.com dan banyak lagi. Jadi bila dah puas hati, boleh beli. Ingat keuntungan sebenar adalah waktu anda membeli, bukan waktu anda jual.
Saya lebih cadangkan anda main emas fizikal berbanding dengan pelaburan emas yang anda tak nampak dan tak boleh pegang emas tu.Lagi pun keuntungan nya kecil dan risikonya sama saja.
Biasa yang kita dengar emas ni kita beli, then pakai/simpan, bila waktu suntuk duit, emas tu digadai atau di jual semula. Tapi kalau cara ni mungkin keuntungan nya tak seberapa dan memakan masa yang panjang.Tapi, ini adalah cara yang selamat dan klasik..hehe
Ada yang menggunakan cara arrahnu, atau teknik gadaian. katakan anda ada emas yang bernilai 10000, anda gadai, dapat la 7000, jadi 7k ni beli lagi emas, dan begitulah seterusnya... Cara ni boleh juga.
Ada lagi cara, anda jadi penjual emas. Ini adalah cara yang terbaik. Kalau anda untung RM1/g kalau 1kg anda dah dapat RM1000.Jadi masa emas jatuh harga ni lah sangat sesuai untuk membeli dan simpan buat seketika. Bayangkan harga nya mencecah RM200 semula, keuntungan 1g hampir RM30, kalau anda ada 1kg anda dah dapat RM30k.Anda tak perlu kluarkan peluh pun. Jadi fikir fikirkan lah. Never to late to start.Rezeki ada dimana mana, tapi anda perlu berusahan lebih sikit..nanti siapa yang senang..anda dan keluarga anda juga.. Lagi satu jangan lupa keluarkan zakat harta k,cara tu kita dapat bersihkan harta kita supaya ia lebih diberkati Allah SWT..
Wassalam..
nik
-emas tak boleh dicipta