PETIKAN AKHBAR METRO
Kebanyakan orang di negeri Cik Siti Wan
Kembang gemar membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan
pelaburan.“Tidak dinafikan, sambutan terhadap jualan emas setiap
hari sentiasa ada pembelinya antara 10 hingga 20 orang memandangkan
kebanyakan mereka berfikiran jauh.
“Rata-rata masyarakat di sini
gemar memiliki emas dan budaya itu tertanam dalam masyarakat sejak dulu
sebab ia sungguh berguna kepada pemiliknya.“Yang menarik,
sepanjang berniaga sejak berpuluh tahun dulu, persaingan sesama peniaga
sangat positif. Lebih membanggakan, tahun lalu kedai kami mendapat
Anugerah Harga Patut disampaikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” katanya.Sambutan hangat masyarakat Kelantan terhadap emas juga mendorong syarikat tersohor, Habib Jewels Sdn Bhd, membuka cawangan ke-22 di negeri itu.Menurut
pengurus cawangannya, Rosmayati Harun, ketika pembukaan cawangan itu
pada 14 Oktober 2010, jualan melebihi RM200,000 dengan jumlah pelanggan
lebih 500 orang.“Sebenarnya, dalam usia lebih 50 tahun syarikat ini, walaupun ia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan ejennya dari Kelantan.“Untuk itu, inisiatif pembukaan cawangan ini adalahsebagai penghargaan kepada mereka yang gemarkan koleksi Habib yang sentiasa mengikut aliran terkini.“Pemerhatian
terhadap trend pasaran di sini mendapati, mereka membeli emas kerana
pelaburan yang dianggap berbaloi dan ramai orang tempatan suka emas 916. “Namun
ada juga yang sukakan permata dan untuk itu promosi terhadap emas
mahupun permata sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, terutama musim cuti sekolah atau perayaan tertentu,” katanya.
Harga emas jarang menjunam , MEMBELI
emas sebagai pelaburan sudah lama menjadi amalan wanita di pantai
timur, terutama di Kelantan. Jika tidak memiliki walau seurat emas, dia
seolah-olah tidak sempurna pada pandangan masyarakat, budaya atau cara
hidup golongan Hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.Jika dulu
hanya wanita membeli barang kemas sebagai perhiasan, trend hari ini
makin berubah apabila lelaki turut membeli logam berharga itu sebagai
pelaburan atau mengekalkan reputasi.
Kereta yang dibeli dengan harga RM100,000 akan susut nilai
sehingga RM50,000 apabila digunakan selama lima tahun berbanding emas
yang dibeli dengan harga RM20,000 mungkin bernilai RM200,000 dalam
tempoh lima tahun lagi.“Ini menyebabkan permintaan terhadap emas sentiasa tinggi berbanding barangan lain,” katanya.
Sebagai
perbandingannya, katanya, harga satu aun emas cuma RM30 ketika beliau
mula menceburi bidang itu 12 tahun lalu tetapi kini meningkat tujuh kali
ganda.