Salam perkenalan saya ucapkan untuk para pengunjung pertama yang melawat laman blog saya. Diharap dari laman ini kita akan terus dapat berkongsi serba sedikit ilmu mengenai peluang keemasan dalam bidang pelaburan emas terutamanya bagi penduduk Sabah yang tinggal berdekatan dengan kota kinabalu.
Sedikit mengenai diri saya, saya dilahirkan dari keluarga yang sederhana. Telah berhijrah dan menetap hampir disetiap negeri di Malaysia dan kini berada di bumi bertuah Sabah. :)
Melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di kuala lumpur dan seterusnya menghabiskan pengajian dalam bidang perubatan di pantai timur tanah air. Hingga kini, saya masih berkecimpung dalam bidang perubatan yang saya minati. Ibnu Sina adalah idola saya sejak kecil. Ilmunya yang luas dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada perubatan mencabar saya untuk menjadi insan yang lebih dari hari kehari.
Segala yang dikongsi disini adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui dan juga hasil dari bahan bacaan dan perkongsian pendapat dari pakar. Semoga baik dan buruk itu dapatlah dinilai sendiri kepada pembacanya. Bak kata pepatah yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.... Ingat lah bahawa ilmu berada dimana mana, boleh dipelajari dari siapa -siapa...walaupun sedikit sampaikan kepada orang lain..
Wassalam....