Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, 12 June 2012

Dolar seperti tisu tandas


Pendapat Pakar Ekonomi..Just to share the value of gold... Think about it.

Wassalam
nik
-emas tak boleh dicipta

Monday, 11 June 2012

Laverage

Laverage adalah istilah yang perlu difahami oleh semua yang bercita cita untuk mendapat financial freedom.
Maksud dalam bahasa melayu adalah 'tuil'. Ataupun kita gunakan modal yang kecil/mampu untuk menjadikannya satu nilai yang besar. Needless to say it is with some calculated risk.

Ambil contoh yang mudah, katakan gaji kita 4000 sebulan, maksimum kita simpan RM1000 sebulan, jadi dalam setahun RM12k x ( maximum age kita produktif average 30 tahun)= 360k
Jadi seumur hidup kita hanya mampu simpan RM360k sahaja.. Is that the value of your life? haha...
Ni tak kira tahap inflasi setiap tahun lagi, maksud nya nilai duit anda yg 10 tahun dlu tak sama dengan sekarang.
10 sen dlu 10 biji gula gula, sekarang 10 sen sebiji!

So, i think we need to be a little bit brave, dare to take some risk in life, laverage your time,age,money to get better life for you and for your family.
Sesiapa yang fikir money is not important i would say good luck to you..

Ingat,dengan adanya duit, nak beramal pun lebih senang..Sumbangan RM1000 lebih baik dengan RM1 pada agama

Wassalam...

Nik
- emas tidak boleh di cipta-

Sunday, 3 June 2012

pelik tapi benar

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung laman blog ini..saya begitu tertarik dengan komen komen yang diberikan dan kenyanyakan nya benar dan berlaku diseluruh negara kita...'harga emas jatuh,jual emas. harga emas naik, beli emas..

 situasi begini begitu kerap berlaku dimana -mana.Ini kerana kebimbangan yang melampau para pembeli emas atas kejatuhan harga emas yang sementara.. Jadi berpusu-pusu lah orang menjual emas di tangan supaya kononnya dapat menyelamatkan nilai emas itu dari terus jatuh..padahal ini adalah satu kesilapan yang besar dalam perniagaan emas.. Ingat pesan Robert Kiyosaki, (investor yang hebat, terkenal dengan buku rich dad poor dad) gold is not an asset if you sell with lower price than you buy..maknanya bila jual..nilainya akan susut/jatuh berbanding harga asal.

Seingat saya, pada tahun ini, nilai emas susut sampai ke tahap RM169/gram..jadi untunglah bagi orang orang yang dalam membeli emas pada waktu tu sebab 'window harga' tu dalam sehari sahaja..dan sekarang harga emas 999, 1gram at least 187-190.Estimated harganta akan terus naik disebabkan kenaikan nilai dolar tidak akan bertahan lama kerana ia di tampung oleh hutang juga..(hutang lama di kambus dengan hutang baru) jadi nampak la nilai dolar naik tp pasti akan jatuh lagi dalam jangka masa terdekat..mark my words

Jadi siapa yang dapat pegang emas lagi lama dialah yang paling untung..

wassalam...

nik
-emas tak boleh dicipta

Sunday, 18 March 2012

Rezeki !! Harga Emas Jatuh.. Rebut peluang sekarang!

Kejatuhan harga emas semasa haruslah dianggap tuah dan rezeki bagi pembeli pembeli emas. Ini adalah disebabkan oleh sebab US meminjam wang dari IMF bagi menampung inflasi yang melanda eropah. Kesan ini tidak akan bertahan lama kerana hutang US ditampung oleh hutang yang baru.. Jadi sebelum emas naik lagi harganya ambil lah peluang sekarang untuk membeli..

Wassalam...

nik
-emas tak boleh dicipta

Thursday, 15 March 2012

Emas Dan Negeri Che Siti Wan Kembang

PETIKAN AKHBAR METRO






Kebanyakan orang di negeri Cik Siti Wan Kembang gemar membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan pelaburan.“Tidak dinafikan, sambutan terhadap jualan emas setiap hari sentiasa ada pembelinya antara 10 hingga 20 orang memandangkan kebanyakan mereka berfikiran jauh.

“Rata-rata masyarakat di sini gemar memiliki emas dan budaya itu tertanam dalam masyarakat sejak dulu sebab ia sungguh berguna kepada pemiliknya.“Yang menarik, sepanjang berniaga sejak berpuluh tahun dulu, persaingan sesama peniaga sangat positif. Lebih membanggakan, tahun lalu kedai kami mendapat Anugerah Harga Patut disampaikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” katanya.Sambutan hangat masyarakat Kelantan terhadap emas juga mendorong syarikat tersohor, Habib Jewels Sdn Bhd, membuka cawangan ke-22 di negeri itu.Menurut pengurus cawangannya, Rosmayati Harun, ketika pembukaan cawangan itu pada 14 Oktober 2010, jualan melebihi RM200,000 dengan jumlah pelanggan lebih 500 orang.“Sebenarnya, dalam usia lebih 50 tahun syarikat ini, walaupun ia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan ejennya dari Kelantan.“Untuk itu, inisiatif pembukaan cawangan ini adalahsebagai penghargaan kepada mereka yang gemarkan koleksi Habib yang sentiasa mengikut aliran terkini.“Pemerhatian terhadap trend pasaran di sini mendapati, mereka membeli emas kerana pelaburan yang dianggap berbaloi dan ramai orang tempatan suka emas 916. “Namun ada juga yang sukakan permata dan untuk itu promosi terhadap emas mahupun permata sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, terutama musim cuti sekolah atau perayaan tertentu,” katanya.
Harga emas jarang menjunam , MEMBELI emas sebagai pelaburan sudah lama menjadi amalan wanita di pantai timur, terutama di Kelantan. Jika tidak memiliki walau seurat emas, dia seolah-olah tidak sempurna pada pandangan masyarakat, budaya atau cara hidup golongan Hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.Jika dulu hanya wanita membeli barang kemas sebagai perhiasan, trend hari ini makin berubah apabila lelaki turut membeli logam berharga itu sebagai pelaburan atau mengekalkan reputasi.
 Kereta yang dibeli dengan harga RM100,000 akan susut nilai sehingga RM50,000 apabila digunakan selama lima tahun berbanding emas yang dibeli dengan harga RM20,000 mungkin bernilai RM200,000 dalam tempoh lima tahun lagi.“Ini menyebabkan permintaan terhadap emas sentiasa tinggi berbanding barangan lain,” katanya.
Sebagai perbandingannya, katanya, harga satu aun emas cuma RM30 ketika beliau mula menceburi bidang itu 12 tahun lalu tetapi kini meningkat tujuh kali ganda.

Monday, 12 March 2012

Rahsia Jutawan Emas Di bongkar

Assalamualaikum diucapkan kepada para pengunjung laman ini.

Terlalu luas ilmu tentang emas dan cara memanipulasikannya. Mungkin ramai yang diluar sana yang lebih arif dan kreatif dalam hal ini. Nukilan ni hanya untuk berkongsi sedikit ilmu..

Untuk memiliki emas samaada diwarisi ataupun dengan cara membelinya. Terdapat banyak jenis emas yang ada di pasaran. Tapi yang biasa kita dengar Emas 999 dan 916, simply means 999=99.9 pure gold. Sebab tu dia lebih lembut dan lebih sesuai di jadikan pelaburan tambahan lagi nilainya yang tinggi bila kita jual nanti.

Untuk pastikan harga belian dengan harga semasa, anda bolehlah compare dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat syarikat emas yang besar di internet.Biasanya kami jual jauh lebih murah dari harga pasaran oleh sebab tiada manipulasi oleh orang tengah.Kadang kadang berbeza RM10 dari harga pasaran. Biasa anda boleh compare price di amsyiq gold.com dan banyak lagi. Jadi bila dah puas hati, boleh beli. Ingat keuntungan sebenar adalah waktu anda membeli, bukan waktu anda jual.

Saya lebih cadangkan anda main emas fizikal berbanding dengan pelaburan emas yang anda tak nampak dan tak boleh pegang emas tu.Lagi pun keuntungan nya kecil dan risikonya sama saja.

Biasa yang kita dengar emas ni kita beli, then pakai/simpan, bila waktu suntuk duit, emas tu  digadai atau di jual semula. Tapi kalau cara ni mungkin keuntungan nya tak seberapa dan memakan masa yang panjang.Tapi, ini adalah cara yang selamat dan klasik..hehe

Ada yang menggunakan cara arrahnu, atau teknik gadaian. katakan anda ada emas yang bernilai 10000, anda gadai, dapat la 7000, jadi 7k ni beli lagi emas, dan begitulah seterusnya... Cara ni boleh juga.

Ada lagi cara, anda jadi penjual emas. Ini adalah cara yang terbaik. Kalau anda untung RM1/g kalau 1kg anda dah dapat RM1000.Jadi masa emas jatuh harga ni lah sangat sesuai untuk membeli dan simpan buat seketika. Bayangkan harga nya mencecah RM200 semula, keuntungan 1g hampir RM30, kalau anda ada 1kg anda dah dapat RM30k.Anda tak  perlu kluarkan peluh pun. Jadi fikir fikirkan lah. Never to late to start.Rezeki ada dimana mana, tapi anda perlu berusahan lebih sikit..nanti siapa yang senang..anda dan keluarga anda juga.. Lagi satu jangan lupa keluarkan zakat harta k,cara tu kita dapat bersihkan harta kita supaya ia lebih diberkati Allah SWT..

Wassalam..

nik
-emas tak boleh dicipta


Wednesday, 7 March 2012

Where were you in 2020?


KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN

You may be in comfort zone now..but in 2020...?

Wassalam

nik
-emas tak boleh dicipta

Saturday, 3 March 2012

Ar Rahnu Kota Kinabalu

                      Kini warga Sabah yang tinggal berdekatan dengan Kota Kinabalu dapat menikmati perkhidmatan Ar Rahnu (Gadaian Islam) yang disediakan oleh Agro Bank cawangan Kota Kinabalu. Ia baru dibuka pada akhir bulan  Januari 2012.Buat masa ni hanya cawangan Kota Kinabalu ( Gaya Street ) sahaja yang menawarkan perkhidmatan ini. Bayangkan sebelum ini hanya cawangan di Kota Belud dan Sandakan saja yang ada Ar Rahnu.Punya lah jauh untuk berurus niaga.


                  Menurut pegawai yang bertugas, sambutan perkhidmatan ar rahnu ini sangat menggalakkan sejak ia dibuka. Bagi yang masih tidak pasti dimana lokasi nya.Disini saya sertakan gambar..



Lokasinya berdekatan dengan trafik light Padang Merdeka (seperti dalam map dibawah)




Friday, 2 March 2012

Emas hari ini, Emas in the Future

                                             
                                      
                                        
                                                            
Duit adalah 'raja' sebenarnya tidak lagi valid pada era kini. Penyusutan nilai mata wang US dollar telah melonjakkan harga barang diseluruh dunia termasukkan emas dan juga harga minyak dunia. Kesan ini bertambah teruk apabila baru baru ini eropah di gemparkan dengan krisis hutang yang mana memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia.


Dari ilustrasi ini anda boleh melihat bahawa apabila nilai dollar menurun harga emas akan terus meningkat.










Estimated nilai harga emas akan terus meningkan 2012, 2013, 2014 dan seterusnya.



This chart is applicable for another 1000years to go... (By Steve Netwriter )






Jadi, anda boleh pilih samaada untuk melihat sahaja kenaikan nilai emas ataupun membuat keputusan untuk menyimpan aset emas ini untuk masa hadapan.Persoalan nya bagaimana,dimana, dengan siapa...untuk terus menyambung niat melabur dalam pelaburan emas ini.. teruskan membaca edisi yang seterusnya...



What is GOLD?

                    Pernahkan anda bertanya apa itu emas? apa istimewanya emas ni? kenapa ia mahal dari batuan/bahan mineral lain?

                  Seharusnya anda perlu tahu dan faham secara mendalam mengenai emas sebelum pergi lebih jauh dalam pelaburan emas.( Ibarat minat nak jadi surgeon/pakar bedah la...mana boleh terus terus bedah orang.mesti belajar dulu mana urat nya mana yang boleh dipotong mana yang perlu dielak..kalau tak.. padah la jawap nye ;)

                 Sebenarnya ada banyak cara untuk menghuraikan persoalan ini. Anda boleh lihat dari pelbagai aspek. Dari sudut fizikal emas itu sendiri, dari segi sejarah, kegunaan dan lain lain.

                 Emas adalah salah satu anugerah Allah taala kepada umat manusia yang jika di kaji dari sudut saintifik merupakan sejenis unsur logam yang sangat stabil dan tidak mudah teroksida menjadikan ia salah satu dari bahan galian bumi yang paling bernilai di muka bumi. Dalam kata lain ianya tidak boleh dicipta manusia dan tidak juga boleh dibinasakan dengan mudah.

                Dari segi sejarah pula, memang emas sudah banyak di perkatakan dalam  Al-Quran dan juga sirah Nabi kita Muhammad SAW. Ia di gunakan dalam bidang ekonomi/perniagaan sebagai mata wang. Pada zaman nabi, 1 ekor kambing nilai nya adalah 1 dinar emas, pada masa kini harga seekor kambing adalah 1 dinar emas!!??
Pelik tapi benarlah bahawa emas tidak terkesan dengan inflasi. (terus membaca sekiranya anda ingin tahu lanjut)


           Emas biasanya di kategorikan kan kepada beberapa jenis mengikut keaslian dan ketumpatan emas itu sendiri yang biasanya di ukur dalam unit 'karat'. Emas 999 bermaksud 99.9% emas tulen. 916 bermaksud 91.6% emas tulen. Sebab itulah emas 999 lebih mahal berbanding emas 999. Di sebabkan 99.9% emas tulen biasanya ia lebih lembut dan tidak begitu sesuai untuk dijadikan barang kemas.

              Kini Emas bukan sahaja digunakan sebagai nilai mata wang dan barang kemas, tetapi ia juga banyak digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat sesetengah penyakit.Dan yang terbaru dan masih dalam kajian adalah kegunaan emas dalam nano teknologi dan rawatan kanser.